Keinginan itu dugaan?????




Hidup ini aku inginkan kebahgiaan,
Tidak pula aku mahukan kedukaan,
Tapi adakah aku sering teringatkan,
Pada ciptaanya yang tiada tandingan.

Setiap langkahku penuh pengharapan,
Agar hidupku penuh keceriaan,
Mungkinkah aku lupa dan dipenuhi dengan kelalaian,
Hingga aku lupa dugaan itulah simbol kebahagiaan.

Setiap makhluk di dunia ini mempunyai tujuan dan keinginan. Salah satu ciri-ciri seorang insan ialah mereka mempunyai fitrah. Fitrah untuk berkahwin, makan, hidup dan bekerja. Tetapi adakah kita menggunakan fitrah sebagai seorang insan ke jalan yang benar atau dipengaruhi oleh nafsu semata-mata.
Allah memberi atas apa yang kita perlukan bukan atas dasar apa yang kita mahukan. Kebanyakan insan lebih memilih untuk memenuhi keinginan mereka berdasarkan nafsu terhadap kecintaan kehidupan duniawi. Kita lebih mencuba untuk memenuhi keperluan kehidupan, cinta dan kerjaya. Apa yang menyebabkan kita lebih mencintai duniawi daripada yang kekal abadi?

Semuanya berpunca daripada hati. Jika hati kita dipenuhi dengan bintik-bintik hitam akibat dosa yang telah kita lakukan, kita akan lebih banyak melihat keburukan itu indah manakala kebaikan itu adalah sesuatu yang jelik ataupun hodoh. Jika hati kita selalu dibersihkan dan dicuci melalui zikir, ayat-ayat al-quran dan perkara-perkara yang baik, insyallah dalam setiap tindakan dan kemahuan kita adalah berlandaskan petunjuk dan keinginan kita sebagai seorang hamba allah.

Kita hidup di dunia ini ibarat pelancong. Jadi gunalah apa yang kita lihat, dan guna dengan seadanya kerana akhirnya nanti kita akan kembali ke tempat asal kita juga. Keinginan dan kecintaan terhadap kehidupan duniawi adalah ujian. Kita harus mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian-ujian ini agar berakhir dengan kejayaan bukan penyesalan. “Dunia ini bagaikan penjara bagi orang-orang mukmin dan bagaikan syurga bagi orang-orang kafir” (Hadis Riwayat Muslim). Ingatlah bahawa jika keinginan kita did dunia ini tidak dapat dipenuhi insyaallah ada di syurga nanti. Sesungguhnya orang iman itu mengambil sedikit kesenangan dunia untuk menuju syurga manakala orang yang kafir dan munafik bersenang-senang dan mengambil bekalan dari dunia menuju ke neraka.
                                                                                                                                                                                 -   Leya Jamal -

No comments:

Post a Comment