Jerawat/parut jerawat dan petua orang dulu


Jerawat!!!!!
memang menyeksakan apatah lagi kalau meninggalkan parut ataupun bekas jerawat memang sakit hati
Tapi dalam short entri kali ni saya nak share tentang petua org dulu-dulu dalam merawat masalah ni..

so let's check this out!!!

First what you need is KAYU MANIS...yup kayu manis..
Kayu manis ni boleh la blender or tumbuk and jadikan macam serbuk


Next is Air asam jawa yang pekat


and finally bedak sejuk

apa yang you guys kene buat ialah campur semua bahan2 ni..
senangkan????
mula-mula memang agak pedih but dengan penggunaan yang berterusan insyallah parut dan jerawat tu akan beransur hilang..insyallah...
anyway I dh try dah petua ni and it's really work on me..like it very much, tak perlu berbelanja banyak dan hanya semudah ABC..hihi
So, you guys yang nak guna perbelanjaan yang rendah untuk wajah korang bolehla try this method's..
I wish you all GOOD LUCK!!

The Truth

 This seems good right????

Penulisan kali ini aku menulis atas dasar aku sebagai rakyat malaysia...Aku berhak bersuara!!!
Walaupun belum cukup umur untuk mengundi tapi apabila melihat fitnah, cacian sesama umat islam sendiri membuat aku tersedar bahawa ego itu tidak mengenal manusia.

Sebagai satu umat islam yang mempunyai matlamat yang sama kenapa kita tidak boleh bersatu walaupun ada banyak cara yang berbeza. Tidak kisah la siapa menang atau kalah yang penting matlamat tu kita dapat capai atau tak??? Terus-terang aku cakap aku sangat kecewa dengan sikap orang melayu zaman sekarang ini. Aku semakin merasakan penyakit hati semakin menular, jadi apa yang harus kita buat????Duduk diam???tengok anak-anak muda hanyut???tengok islam itu lenyap perlahan-lahan???

Bangsa lain mereka saling menjaga satu sama lain, satu tersungkur sepuluh tangan mereka sambut..kita???? tak ada???Malahan yang ada pergaduhan, tuduhan, cacian dan makian. Satu sahaja yang aku inginkan sebagai seorang rakyat muslim, semua bersatu untuk bersama-sama berusaha membawa islam itu sehingga berjaya.

Sedar tak sedar aku rasa kaum lain pasti sedang mempertawakan perpecahan yang berlaku di kalangan orang islam ketika ini dan aku yakin mereka menunggu masa untuk menjatuhkan kita. Itulah yang aku kagum dengan bangsa-bangsa lain,matlamat mereka jelas, mereka bersatu untuk capai matlamat itu...so, bangsaku kita bila lagi??????500 tahun lagi ke???Masih nak bergaduh lagi ker???

ACCEPT THE TRUTH NOT DENY THE TRUTH!!

semua ini hanya tinggal persoalan dan mainan perasaan????????





Keinginan itu dugaan?????




Hidup ini aku inginkan kebahgiaan,
Tidak pula aku mahukan kedukaan,
Tapi adakah aku sering teringatkan,
Pada ciptaanya yang tiada tandingan.

Setiap langkahku penuh pengharapan,
Agar hidupku penuh keceriaan,
Mungkinkah aku lupa dan dipenuhi dengan kelalaian,
Hingga aku lupa dugaan itulah simbol kebahagiaan.

Setiap makhluk di dunia ini mempunyai tujuan dan keinginan. Salah satu ciri-ciri seorang insan ialah mereka mempunyai fitrah. Fitrah untuk berkahwin, makan, hidup dan bekerja. Tetapi adakah kita menggunakan fitrah sebagai seorang insan ke jalan yang benar atau dipengaruhi oleh nafsu semata-mata.
Allah memberi atas apa yang kita perlukan bukan atas dasar apa yang kita mahukan. Kebanyakan insan lebih memilih untuk memenuhi keinginan mereka berdasarkan nafsu terhadap kecintaan kehidupan duniawi. Kita lebih mencuba untuk memenuhi keperluan kehidupan, cinta dan kerjaya. Apa yang menyebabkan kita lebih mencintai duniawi daripada yang kekal abadi?

Semuanya berpunca daripada hati. Jika hati kita dipenuhi dengan bintik-bintik hitam akibat dosa yang telah kita lakukan, kita akan lebih banyak melihat keburukan itu indah manakala kebaikan itu adalah sesuatu yang jelik ataupun hodoh. Jika hati kita selalu dibersihkan dan dicuci melalui zikir, ayat-ayat al-quran dan perkara-perkara yang baik, insyallah dalam setiap tindakan dan kemahuan kita adalah berlandaskan petunjuk dan keinginan kita sebagai seorang hamba allah.

Kita hidup di dunia ini ibarat pelancong. Jadi gunalah apa yang kita lihat, dan guna dengan seadanya kerana akhirnya nanti kita akan kembali ke tempat asal kita juga. Keinginan dan kecintaan terhadap kehidupan duniawi adalah ujian. Kita harus mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian-ujian ini agar berakhir dengan kejayaan bukan penyesalan. “Dunia ini bagaikan penjara bagi orang-orang mukmin dan bagaikan syurga bagi orang-orang kafir” (Hadis Riwayat Muslim). Ingatlah bahawa jika keinginan kita did dunia ini tidak dapat dipenuhi insyaallah ada di syurga nanti. Sesungguhnya orang iman itu mengambil sedikit kesenangan dunia untuk menuju syurga manakala orang yang kafir dan munafik bersenang-senang dan mengambil bekalan dari dunia menuju ke neraka.
                                                                                                                                                                                 -   Leya Jamal -