The Truth

 This seems good right????

Penulisan kali ini aku menulis atas dasar aku sebagai rakyat malaysia...Aku berhak bersuara!!!
Walaupun belum cukup umur untuk mengundi tapi apabila melihat fitnah, cacian sesama umat islam sendiri membuat aku tersedar bahawa ego itu tidak mengenal manusia.

Sebagai satu umat islam yang mempunyai matlamat yang sama kenapa kita tidak boleh bersatu walaupun ada banyak cara yang berbeza. Tidak kisah la siapa menang atau kalah yang penting matlamat tu kita dapat capai atau tak??? Terus-terang aku cakap aku sangat kecewa dengan sikap orang melayu zaman sekarang ini. Aku semakin merasakan penyakit hati semakin menular, jadi apa yang harus kita buat????Duduk diam???tengok anak-anak muda hanyut???tengok islam itu lenyap perlahan-lahan???

Bangsa lain mereka saling menjaga satu sama lain, satu tersungkur sepuluh tangan mereka sambut..kita???? tak ada???Malahan yang ada pergaduhan, tuduhan, cacian dan makian. Satu sahaja yang aku inginkan sebagai seorang rakyat muslim, semua bersatu untuk bersama-sama berusaha membawa islam itu sehingga berjaya.

Sedar tak sedar aku rasa kaum lain pasti sedang mempertawakan perpecahan yang berlaku di kalangan orang islam ketika ini dan aku yakin mereka menunggu masa untuk menjatuhkan kita. Itulah yang aku kagum dengan bangsa-bangsa lain,matlamat mereka jelas, mereka bersatu untuk capai matlamat itu...so, bangsaku kita bila lagi??????500 tahun lagi ke???Masih nak bergaduh lagi ker???

ACCEPT THE TRUTH NOT DENY THE TRUTH!!

semua ini hanya tinggal persoalan dan mainan perasaan????????





No comments:

Post a Comment