Andainya aku tahu hari esok....



 Jika hari ini aku bersedih hati,
Mungkinkah ada sinar di esok hari,
Jika hari ini aku ternanti-nanti,
Sang pelangi yang indah di kemudian hari..

Aku tertanya,
Mungkinkah kesedihan hari ini tiada penghujungnya,
Mungkin juga aku terlupa bahawa ini pasti ada hikmahnya.


Jika hari ini aku menanti kedatangan si dia,
Mungkin esok atau lusa dia tidak juga tiba,
Mungkinkah hati ini sentiasa miliknya,
Atau mungkin hanya khayalan sahaja.


kadangkala sendiri itu bahagia,
kadangkala sendiri itu juga bikin aku merana,
Apa lagi harus ku kata,
Bila hati ku sendiri keliru menentukanya.


No comments:

Post a Comment