Ya Allah, Aku Jatuh Cinta!!!


Pada Tanggal 24 Disember 2012,
Hatiku rasa resah, gelisah,berbelah bagi..
Dan aku mengambil keputusan untuk berbincang dengan ayahanda tercinta,

tuttutututututu...

Ayah: Hello, assalamualaikum..knp call abh??
Saya: Abah, betulke akak boleh pergi??
Ayah: Pergilah, abah pun banyak keje, x de masa nak bawak korang sume pergi holiday.
Saya: ok..

Tapi...
Hati masih berbelah bagi
Setelah lama berfikir
Aku membuat keputusan..

Pagi tu,
Aku bangun awal daripada biasa,
Bersiap-siap untuk memulakan perjalanan..
Disebabkan tak de sesiapa dapat hantar, terpaksalah aku membonceng motosikal bersama sepupuku,
lelaki pulak tu..aku segan..dengan aku yang berpakaian jubah menyukarkan aku untuk menaikinya..
ehem ehem..pinjam bahu boleh, susah la nak turun moto ni..kain ketat sangat
dengan selambanya aku memegang bahunya..arghhhhhh malu sungguh

van sudah menunggu,
satu-satu tangan ku disalam dan dicium,
sampailah satu saat aku bertemu dengan hamba allah,
ku capai tanganya,ku cium pipinya, ku peluk tubuhnya..
panggil saya Ummi....

Perjalanan diteruskan..
Akhirnya sampai ke destinasi..
Aku bertemu dengan ramai sister and brother
Tubuhku yang kecil ini ku gagahkan,
Laungan allahuakbar ku jeritkan,
Tangisan kesyahduan ku titiskan,
Namun tanganku masih digenggam erat,
Badan ku dipeluk rapat.
Ya allah indahnya..

Aku mengenali siapa rasulku,
Aku mengenali siapa khulafa ar-rasyidin,
Aku mengenali apa itu Islam,
Aku tahu apa itu tarbiyah..
Tapi????
Adakah aku faham????

Aku belajar,aku memahami,
Akhirnya aku tersedar betapa aku rugi pada setiap detik, saat, dan ketika
sepanjang hidupku selama 19 tahun..
Aku hanya islam pada kad pengenalan sahaja
kerana aku tidak memahami,
Aku tidak memperjuangkan,
Islam agamaku..

Aku ingin jadi seperti zulaikha,
Berbakti seperti sumaiyyah,
Mencintai seperti siti khadijah,
Tapi,
kata sahaja tanpa membuktikan
What for???
Islam memerlukan lebih daripada apa yang mampu aku ungkapkan
Apa yang mampu aku anggankan..

Satu-satu sejarah silam aku pelajari..
Subhanallah,
Sepatah ayat bahasa arab pun aku tidak tahu,
Aku terdiam,
Terasa Kerdil diri ini,
Tapi,
Ada suara berkata,

"Tak apa, kita belajar bahasa syurga perlahan-lahan,jangan tergopoh-gapah"

Satu-satu ayat diterangkan,
Thank you abang..

Hari ini aku faham betapa pentingnya tarbiyah itu,
Betapa bergunanya sejarah silam,
Betapa agungnya perjuangan lalu..
Akhirnya aku jatuh cinta dengan

TARBIYAH!!!!!

Inilah ketenangan yang aku cari selama ini,
Bukan sekadar hanya memetik gitar,
Bukan sekadar hanya menekan piano,
Bukan sekadar hanya mendengar lagu kegemaranku,
Tapi berkongsi, bercerita dan memahami,
Apa itu Islam..

Ini sejarah kita!!!!!!
kita...kita umat islam..
Aku jatuh cinta..

                                                            Inilah bulatan gembira saya...



                                                             Terima Kasih adik-adikku


3 comments:

  1. Wahhh comel je semua . hehehe. nak pegi jugakkkk. kat sini ada 2 program je haritu . huhuk :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program ni tiap2 cuti sekolah..tahun depan ade lagi rasanya...jom2..hehe..

      Delete