Minda Kecilku


Mungkin kau lihat aku hanya seperti seorang cleaner,
Yang berpangkat rendah,
Tidak sepadan dengan kau.

Kau punya minda yang mampu menjana transformasi negara,
Aku hanya minda kelas sederhana.
Tapi aku mampu melihat dunia,
Melihat dengan akal cetek ku,
Memerhati dan hanya berdiam diri.

Tapi tiba satu masa,
Adrenalin ku melonjak,
Ibarat letusan volcano,
Yang sudah pastinya tidak akan kau sangkakan.

Di saat itu aku bangkit,
Dan pastinya tiada u- turn untuk aku,
Aku akan terus bangkit,
Kerana sudah tiba masanya.

Jangan kau terkejut,
Jangan kau ragui,
Kerana itu adalah diri aku yang selama ini tersimpan dan kau bangitkan.

No comments:

Post a Comment