Istighfar



Istighfar
Penghapus dosa

Istighfar
Penenang Jiwa

Istighfar
Pembuka rezeki

Istighfar
Kekuatan Iman

Istighfar
Dapat menghalang perbuatan mungkar


Istighfar,
Amat besar ganjaran bagi orang yang beristighfar,
Amat mudah dan tidak memerlukan tenaga..
Jika membeli produk atau barangan seperti handphone misalnya, pasti kita mahukan handphone yang murah,mudah, berkualiti, boleh dibawa kemana-mana saja
Begitu juga dengan istighfar ianya mudah, tiada harga, banyak pahalanya dan hanya perlu mengingatnya di dalam kepala...
Istighfar itu dapat mencegah kita dari melakukan perkara mungkar
kerana setiap ayat yang diucapkan mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah S.W.T
Menyebabkan kita takut untuk membuat perkara yang dilarang..

Sambil baring, duduk,ataupun kerja
kita boleh istighfar,
Mudah bukan..
Hanya ucapan, dan faham maknanya
Jika kita boleh meluangkan masa untuk melakukan aktiviti harian kita
sama ada yang berfaedah mahupun tidak
Luangkanlah sedikit masa untuk beristighfar
setidak-tidaknya selepas solat fardhu
Ucapaan kalimah allah walaupun sedikit,
Tapi Ganjaranya hanya allah yang tahu..

Definisi istighfar itu sendiri telah menggambarkan betapa besarnya keistimewaan beristighfar

Istighfar: Menunudukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah S.W.T agar permohonan ampun atas segala dosa dan kesilapan

Allah berfirman: Dan pohonlah ampun bagi dosamu serta bertasbihlah  dengan memuji tuhanmu pada waktu pagi dan petang. Surah Al mu'minun ayat 55

Setiap satu ayat yang diucapkan membawa kepada sepuluh catatan kebaikan..
Salah satu ayat istighfar yang boleh diamalkan ialah:-

Kalimah "laillahaillallah"

Saya ada terbaca satu artikel mengenai kalimah ini,
ketika kalimah ini diucapkan tiang yang berada di syurga bergoncang lalu allah memerintahkan tiang itu supaya berhenti,
Tetapi tiang itu berkata: Aku tidak akan berhenti selagi kau tidak mengampuni dosa orang ini 
Lalu,
Allah berkata:aku mengampuni segala dosanya
dan tiang itu berhenti..
Masyallah melalui kisah ini telah mengambarkan betapa besarnya fadhilat istighfar ataupun zikir ini jika diamalkan

Sama-samalah kita mencari keredhaan illahi..
Segala silap ataupun salah dalam penulisan kali ini haraplah ditegur dan dimaafkan
Saya murid baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..
Feel free to share or comments..peace

No comments:

Post a Comment