Demi Masa

Demi Masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..
Dalam al-quran, kata-kata sarjana barat dan tempatan,
Mengatakan "masa itu emas"
Tapi adakah manusia sedar akan kepentinganya
Hidup dikaburi dengan perbuatan yang sia-sia,
Mengejar duniawi semata

Rasulullah S.A.W  bersabda,
"jangan melengah-lengahkan dalam tiga perkara: 1) salat apabila tiba waktunya, 2) pegkebumian mayat  apabila jenazah sudah siap, 3) perkahwinan seorang wanita bujang apabila jodohnya sudah didapati."

Manfaatkanlah masa yang kita ada dengan perkara berfaedah..
Kita boleh mengisi masa lapang dengan:-

1) Menuntut ilmu
2) Mendalami ilmu agama
3) Membaca al-quran dan memahami maksudnya

Banyak lagi aktiviti yang boleh kita lakukan..
Sesungguhnya jika kita tidak memanfaatkan masa yang telah diberikan kepada kita
Pada suatu saat nanti kita akan merasa menyesal atas apa yang kita lakukan
dan pada masa itulah kita sedar akan ruginya masa itu dan tidak dapat berpatah semula..

Janganlah kita melengah-lengahkan masa,
Gunakan masa dengan sebaik-baiknya..
Semoga kita menjadi khalifah dimuka bumi yang berbakti di dunia dan akhirat.
Insyallah.....



No comments:

Post a Comment